Khamis, 21 November 2013

KUNCI FOLDER ANDA DENGAN KATA LALUAN


Admin rasa ramai lagi yang tak tau camner nak kunci folder korang.Jadi kat sini admin nak tunjuk macam mana nak kunci folder korang dengan kata laluan.Admin tau ada antara korang yang mempunyai fail-fail peribadi tahap gaban punya dan kalau boleh tak nak orang lain selongkar fail-fail tersebut.Betul tak? Paling risau jika rakan-rakan atau anak-anak pinjam pc/lappy korang.Senang-senang jer dorang tengok atau copy paste file korang tu.Bahaya kan? Sebenarnya mudah je nak kunci folder tu.Korang tengok je video yang admin bagi ni.

Klik link dibawah....



Sekian....


Rabu, 20 November 2013

DOWNLOAD MOVIE ONLINE MENGGUNAKAN PLUGIN GOOGLE CHROME

Admin yang pemalas.Tak nak update blog.Atas permintaan,admin update ler sikit-sikit lah asalkan dapat berkongsi ilmu yang tak seberapa ni....(admin tengah bz ngadap game sekarang nih)...hahaha!
Kali ni admin nak share camner nak muat turun video online yang berada dikebanyakan website.Walaupun banyak kekurangan tapi admin rasa kira ok la jugak.Mudah dan senang.Pada yang dah pro tu duduk diam-diam.Admin nak kongsi pada yang beginners aje.Biar mereka bermula dari bawah.Admin yang dah pro ni pun bermula dari buta IT dedulu tau...hehehe!

1.Mula-mula buka tetingkap Google Chrome dan klik pada 'customise and control google chrome' tu.Pergi ke tool dan klik extensions.Lihat gambar dibawah.(klik pada gambar jika kurang jelas).



2.Tetingkap Extensions telah dibuka.Kemudian klik 'Get more extensions'.(klik pada gambar jika kurang jelas).



3.Kemudian taip ' FDV video downloader' didalam tab search dan tekan 'enter'.Cari plugin bernama 'FDV video downloader'.Lihat gambar dibawah.(klik pada gambar jika kurang jelas).



4.Klik pada 'free' (warna biru) dan satu tetingkap kecil akan keluar.Terus klik pada 'add'.Lihat gambar.(klik pada gambar jika kurang jelas).



5.Proses muat turun plugin bermula.Biarkan sehingga selesai.(klik pada gambar jika kurang jelas).



6.Jika ada tab baru muncul sila abaikan.Buka semula tetingkap Extensions.Pastikan plugin tersebut sudah terinstall.Kemudian tick pada bahagian Enable jika belum.Lihat gambar.



7.Tutup semua tetingkap yang dibuka.Kemudian buka browser google crome...cari mana-mana website yang mempunyai video online.Lihat contoh yang admin dah cuba.Pastikan icon anak panah muncul di tool bar korang.JIka berwarna biru bermaksud video yang korang tengok tu boleh dimuat turun.Jika warnanya kelabu berpangkah bermaksud plugin itu tidak support untuk dimuat turun pada website tersebut.Kilik pada download untuk memuat turun file video tersebut.(Kekadang ada banyak...biasanya file video adalah bersaiz besar).(klik pada gambar jika kurang jelas).


8.Proses muat turun.(klik pada gambar jika kurang jelas).


9.Di Dailymotion ada dua cara.Lihat gambar.(klik pada gambar jika kurang jelas).


10.Video di Facebook juga boleh dimuat turun.(klik pada gambar jika kurang jelas).


11.Jika korang ada website lain boleh la cuba dengan plugin ini.Jika ianya support pada website yang korang lawati tu dah kira bagus lah.Tapi tak semua website plugin ini support ye...Admin harap korang suka tau...hehehe