Khamis, 17 Januari 2013

CARA FORMAT DAN INSTALL WINDOWS XP


Berikut adalah langkah-langkah lengkap cara menginstall Windows XP.

1.Sediakan CD OS WINDOWS XP.

2.Siapkan driver motherbord.

3.Atur bios terlebih dahulu supaya dapat booting ke CD/DVD ROM.
 
   caranya:

   a-Hidupkan komputer dan tekan F2 atau DEL atau juga F1 ( sesetengah komputer adalah berbeza).Pilih           menu Advanced Settings, kemudian carilah ‘Boot Priority’ atau yang sejenis.

   b-Ubah urutan agar CDROM menjadi urutan pertama.
* menu ‘First boot priority’, ‘Second boot priority’ dll: Aturlah ‘First boot priority’ ke ‘CDROM’ dengan menekan tombol PgDn/Pgup (Page Down/Up) atau +/-.Atur juga ‘Second boot priority’nya ke HDD0/HDD1.*
* Jika menunya ‘Boot priority’: atur ke ‘CDROM, C, A’ atau ‘CDROM, A,
 dengan menekan tombol PgDn/Up*.Kemudian savekan setting tersebut dengan menekan F10.

4.Masukkan CD WINDOWS XP dan restart.Tunggu sehingga muncul tulisan "press any key to boot from CD" seperti di gambar dibawah.



5.Tekan ENTER atau mana-mana tombol.Kemudian akan muncul tulisan "windows setup" seperti gambar dibawah ini.



6.Tekan "ENTER" untuk menginstal windows xp, "R" untuk repair system windows yang sebelumnya pernah terinstall, "F3" untuk keluar dari proses instalasi, lalu akan muncul (End User Licese Aggrement) seperti gambar di bawah ini.



7.Tekan "F8" untuk memulakan proses mencari dan membaca partition hardisk komputer anda.Kemudian akan muncul semua partition hardisk anda, seperti gambar di bawah ini.



8.Tekan "ENTER" untuk menginstall windows, "C" untuk membuat partition hardisk, kapasiti partition sesuai dengan kehendak anda, dalam kiraan MB, selanjutnya jika anda membuat partition dengan menekan tombol "C", maka akan muncul gambar seperti di bawah ini




9.Kemudian masukkan kapasiti partition yang ingin anda buat, Sebagai contoh, misalkan kapasiti hardisk anda 40 GB dan anda ingin membahagi dua, maka tuliskan 20000,jangan 20, kerana partition dalam bacaan MB1GB = 1000 MB.Kemudian tekan ENTER.

10.Kemudian arahkan pointer pada posisi "unpartitioned space", lalu tekan "C" maka akan muncul gambar seperti gambar sebelumnya, dalam hal ini layar yang akan muncul seperti gambar sebelumnya menunjukan baki partition yang telah anda bahagikan, jika anda cuma membahagi kepada 2 partition sahaja maka terus  tekan "ENTER" tapi jika anda ingin membuat partition lagi ikuti seperti langkah-langkah sebelumnya.

Setelah selesai membuat partition partisi ketika anda menekan "ENTER" seperti yang di jelaskan di atas, maka akan muncul gambar sperti gambar diatas, setelah itu arahkan pointer di posisi C: partition1 [New Raw], tapi biasanya sudah berada di posisi tersebut, maka anda cuma menekan "ENTER" sahaja untuk proses instalasi windows, kemudian akan muncul proses format seperti gambar di bawah ini

11.Setelah selesai format, kemudian windows akan menyalin file untuk proses instalasi, seperti gambar di bawah ini.


12.Setelah proses penyalinan selesai, secara automatik komputer akan melakukan restart seperti gambar di bawah ini, dalam hal ini untuk mempercepat proses restart, anda boleh menekan "ENTER"

13.Setelah itu akan muncul loading windows seperti gambar di bawah ini.

14.Proses install windows pun bermula.Proses ini akan mengambil masa yang agak lama.Oleh itu sebaiknya anda menyediakan secawan kopi panas dan beberapa keping biskut lemak.Sambil-sambil menunggu sambil-sambil itu juga mengunyah.Jadi tidaklah anda terlalu bosan malah terasa kenyang le sikit...hehehe!

15.Setelah selesai proses instalasi maka akan muncul layar seperti dibawah.

16.Klik NEXT.Kemudian isi nama dan organisasi.

17.Masukkan serial nombor (PRODUCT KEY).Jangan sampai salah.Kemudian klik NEXT.

18.Seterusnya akan muncul layar administrator.Isi nama komputer.Jika anda ingin menggunakan password isilah diruangan yang disediakan.Jika tidak mahu teruskan dengan mengklik NEXT.

19.Settingkan tarikh dan masa mengikut zon.

20.Tunggu lagi sehingga finalizing installation selesai.Sambil itu bolehlah anda sambung minum kopi semula sehingga muncul gambar seperti dibawah.

21.Tekan NEXT.Kemudian muncul layar WORKGROUP OR COMPUTER DOMAIN seperti gambar dibawah.Jika komputer anda terhubung dengan sebuah domain, maka isikan nama domainnya, tapi jika komputer anda stand alone, maka pilih button yang paling atas, lalu tekan "Next".

22.Selanjutnya akan muncul display setting dan akan mendeteksi tampilan optima komputer anda.Klik OK dan biarkan sehingga loading  windows selesai.

23.Sekian terima kasih.....

Download tutorial percuma disni

Cara-cara download klik disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan